# QOOKIES Raya
Wednesday, June 13, 2018 / permalink


Hello! Assalamualaikum

Harini hari kedua terakhir Ramadhan. Baru ada masa nak cerita pasal my cookies. I'm currently in Pahang! Rumah Wo. Cannot sleep, so I guess this is the right time to continue with my wonderful journey selling my cookies.

I just moved from PD to Melaka! (ee I would like to share pasal my life in PD sebenarnya tp asyik delay). Okay so sejak pindah, lepas habis tolong mama Elia jual bunga, I was bored at home. Gila bosan yang sampai aku emo dengan Chuck and aku mohon kat Allah bagi aku kawan baru. Someone would listen to me and buat aku gelak, forget all those emo things. Masa sebelum masuk Ramadhan tu, I was thinking apa nak buat masa bulan puasa nanti weh? Mesti bosan teruk weh. How to kill my boredom? How to kill my time?

Then balik daripada PD tu, dalam kereta I said to my parents "apa nak buat nanti puasa nanti kalau boring nanti? I must do something? Angah rasa nak jual cookies."
Cepat betul weh masa berlalu. Sekarang dah nak raya dah!!!

Alhamdulillah, mula mula cakap gitu gitu je kat kawan yg rapat from PD tapi biasa lah member aku, memang tahap supportive tu tatau nak describe macam mana, so Hana and Nasreen nak beli cookies. That was the titik semangat lah untuk start jual cookies balik selepas beberapa bulan lamanya aku stop jual cookies. Haha. Untuk start balik, mesti lah kena ada semangat kan tapi tu sebelum Ramadhan lah. Nak dekat-dekat puasa camtu.

Then disebabkan I have my own target bulan Ramadhan ni nak jual berapa, nak dapat berapa, so I think I should ask Helmi to join me. Plus he said nak cari duit lebih, so my intention masa tu, is to kill my boredom, ada income, and to help him at the same time. Yelah because he unable to meniaga kat Bazaar, and I think at least he can earn some money lah by selling my cookies. Memang tak banyak pun. Tapi I really hope that it can ease his burden. That was my first intentions. Tak sangka! He agreed to help me. Alhamdulillah.

Tah macam mana lepas 3 hari puasa ke I get another courage to start promoting my cookies kat Twitter and bila letak kat Twitter most of my friends memang supportive gila gila kan, so they bought lah and sejak drpd minggu pertama puasa tu, tak pernah miss datang PD sebab nak hantar cookies sampai lah dah lagi seminggu nak raya. And of course I was so happy sebab datang PD every week!

First two weeks tu, mesti lah order sikit sikit je. Lama lama tu dah dapat balik rentak buat cookies tu. And the third week tu, order Helmi lebih banyak daripada aku. Third week tu, takda order daripada kawan kawan aku tapi lebih kepada helmi. Ada dalam 23 balang lah jugak! Sampai third week tu, aku buat sendiri with the help of my parents and Aisyah of course. Masuk third week tu, memang kira order besar besaran lah kiranya sampai kena beli balang baru, and masa tu nak dekat 1st June so I still remember berapa kali keluar untuk cari bahan bahan, pastu dah nak dekat raya kan so chip coklat banyak habis! Then keluar lagi cari cip coklat merata! pastu kena gigih lah beli je bahan bahan sebab kalau kena tunggu 0% GST tu memang takan siap weh cookies. Sebab nak buat cookies ni, kita dah kira-kira kan satu hari tu kita boleh siap berapa balang maximum kan. So masa dah suntuk sangat sebab Sabtu kena hantar dah cookies! Hahahaha sampai lah aku cakap kat Helmi, please close the orders sebab aku dah nak gila.

Then nak masuk fourth week tu, order makin banyak daripada minggu sebelum tu. Alhamdulillah. Semua tu Helmi punya order. Order asal 35 tak termasuk beberapa kawan aku yang order. Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Mungkin sebab dah nak Raya kan, so orang cari cookies. Then, Alhamdulillah Helmi was kind enough to help me untuk order kali ni. I was so grateful sebab dalam masa 3 hari kita nak kejar jugak 50 balang. Alhamdulillah, selepas berhempas pulas, selepas tidur tak berapa cukup sangat untuk buat cookies, selepas Helmi penat buat so dia stop and aku sambung balik tapi aku tak dapat tengok cerita Nur, so dia update kat aku apa jadi, selepas beberapa kali keluar beli barang, dengan ada medical checkup nya dia teman, dengan buat kira kira finally we did it!! dapat 50 balang akhirnya! Alhamdulillah, tapi kesian kat Helmi sebab dia tak dapat pergi mana mana sangat sebab busy sangat and masa last day tu patut boleh je jalan tp we were too exhausted so cam dah takda mood nak jalan. Apa-apa pun, I'm thankful to have him around.

On Thursday 7/6/2018, we sent the cookies in PD. I totally closed all orders sebab nak buat preparation raya untuk diri sendiri and family. Lagi seminggu kan nak raya pastu kuih aku sendiri takdak apa buat pun. Pastu masa Khamis tu, kami hantar cookies kat beberapa customers. Beli barang barang kat Tesco pastu jumpa Farah sat, lepak tepi pantai sat, beli mainan pasir tu.. Sempat singgah Guardian jugak sebab ada sale 40% untuk skincare LOL. I was so happy! So happy with our achievements lah.

So here's for Helmi: Thank you Mi for lending hand!! Thank you sangat sangat. Thank you sebab sanggup tolong, sanggup belajar, sanggup buat, sanggup kemas barang etc. Aku ingat weh masa I was tired on the last day, so he tolong kemas meja lepas buka! LOL. Just thank you sebab berani lah datang rumah and tolong, even kena face my parents lagi pulak tu. Pastu sahur pun tak seberapa sebab we all tak berapa sahur pun. Just thank you so much. I'm just wondering weh why you are so nice doh. I think I've found someone I can rely on. Sebab weh he can duduk dapur, he is honest kalau something tak sedap, he tak marah-marah macam aku. Aku kalau baking sebenarnya serious and particular gak lah dengan cara kau adun bahan, cara kau shape kan sampai lah keluar cookies. I am happy working with him doh. He is a good teammate lah, boleh cakap macam tulah. Sebab aku agak garang, sebenarnya aku kalau tak kena dengan something tu aku akan cakap direct je and alhamdulillah he can cope with that. He's a fast learner I mean dia boleh baca macam mana hasil aku nak lepas tu. And he can do things yg aku prefer macam mana. And kalau ada cam issues contohnya hasil macam mana aku suka and mak aku suka, he can come out with ideas. I'm so thankful weh. Tak tau lah sebab sayang ke so cam semua pun okay jeeee. Lol. Tapi tah lah I know it's actually hard kalau working in a team dengan aku sebab I always want the best results. Gahhh penat aku tulis. And thank you jugak sebab selalu teman bila datang PD and sudi buka dengan aku. Hehe

I think that's all lah for qookies journey. I would like to say thanks to all customers. To all my friends yang support aku. Ada yang dari Muar weh sanggup datang beli cookies! Ada yang repeat order. Just thank you so much. Thank you jugak Allah, sebab bagi aku rezeki bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah. Thank you jugak sebab bagi parents yg supportive, and adik yg boleh lah ringankan beban :p Thank you jugak Allah, sebab bagi pinjam Helmi and luaskan rezeki aku melalui dia. Sesiapa jelah yang contributed in this journey, aku doakan korang murah rezeki and semoga Allah permudahkan urusan korang dunia dan akhirat. Thank you for giving me such a wonderful Ramadhan journey. Dah 2 Ramadhan emo akhirnya Ramadhan kali ni meant so much to me.

Thank you
Till we meet again on next entry ehhh... hopefully ada cerita lain lagi.
xx,