# PTD part 2
Saturday, July 29, 2017 / permalink
Hi! Assalamualaikum.

Aku hutang pasal experience PTD part 2. Okay kalau nak tahu pasal part 1, boleh rujuk di link ini --> PTD part 1. Saya masih ingin berkongsi pengalaman pertama saya melalui PTD stages ni. Okay masa Part 1, kongsian tu terhenti sampai day 1 during PAC. Okay now I would like to share my experience on second day of PAC as well as during Interview stage. In shaa Allah.

- Day 2:

  1. Pengucapan Awam Bahasa Melayu (1jam)
    • Basically, topik sebenarnya dah diagihkan sehari sebelum kau menyampaikan text pengucapan awam kau ni. So sebelum balik rumah tu, kau dah dapat topik untuk buat preparation on the next day. Disebabkan keletihan, aku prepare text aku pada subuh. Lol. Sebenarnya, ramai kawan aku pun buat persiapan pagi tu sebelum ke INTAN sebab semua pun barai. Apa tajuk aku eh? Haha, "Industri Batik di Malaysia". Alhamdulillah. Tajuk yang boleh dikatakan mudah untuk diolah. Kau akan menyampaikan teks ucapan ni di dalam bilik, di mana semua ahli kumpulan kau akan menjadi penonton setia kau (some of them tak pedulikan kehadiran kau malah lebih sibuk mempersiapkan diri depa, unless they already presented their topic). Diiringi juga Panel yang menilai anda. Aku tak tahu penilaian itu berdasarkan apa. Mungkin isi anda, cara anda atau kretiviti anda, i'm not sure about this. Tapi just do as best as you can. Ingat! Sentiasa bagi yang terbaik dalam hidup. Gunakan peluang sebaik baiknya ya? Seperti biasa, 2 Pegawai Psikologi yang sama masih lagi setial bersama kumpulan anda. Mereka memerhatikan gerak geri anda (saja takutkan).
  2. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris (1jam)
    • Basically, my explanation on this "Pengucapan Awam Bahasa Inggeris" or in other words Public Speaking is almost the same as per above justification. My topic was regarding on the Use of Own Food Containers for Take Away Food. I was inspired with some motivations given by the panels. They said don't give up if we failed. mereka juga berada di tahap di mana mereka mencuba beberapa kali sebelum berjaya diserapkan menjadi PTD. So yah people, even till now (even I'm demotivated sikit sekarang) tapi I still holding on to their words and advice. I shall keep going. We shall do the same thing too!
  3. Perbincangan Kumpulan Bahasa Melayu (1jam)
    • The best part of this second day is actually when we were having a group discussion between you and your group members. I couldn't remember the topic that has been discussed during this discussion. Rasanya tentang keruntuhan akhlak dan ekonomi. Tapi not sure the specific title.  Personally, I felt like sitting for Muet test. Haha yang ada discussion tu. But I'm sure this is a brainstorming process to come out with some solutions in order to addressed that particular issue. Seperti biasa, ada panel yang bersama ada menilai anda dan solusi anda diakhir pebincangan. Jujur, aku seronok sebab kita dapat lihat berbagai bagai idea dilontarkan oleh para para calon yang menduduki PAC ini ya sahabat sahabat ku. I felt alive weh. Adrenalin rush gettew. Huhu
  4. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris (1jam)
    • Same description as per above justification. We had our discussion on a topic given. We come out with final solution of the issue arisen. Exchanging our ideas based on our experience or knowledge.
  5. Kemudian bersurai ye sahabat sekalian. Sebelum bersurai anda diminta untuk menjawab ujian Psikologi secara dalam talian (online). Anda diberi masa selama 24jam (rasanya) untuk melengkapkan PAC anda secara keseluruhan. Anda boleh menjawab ujian ini di telefon pintar anda mahupun di komputer atau komputer riba anda. Pilihan dan masa diberi sangat banyak jadi sila lengkapkannya. Jangan terlupa pula! 

Maka dengan ini, tamat lah sesi PAC selama dua hari. Kita tunggu ya sesi temuduga. P/s: Nak ke kepilkan gambar? hmmmmmmmmmmm.


Okay let's move to my next stage

STEP 4: INTERVIEW
Sesi temuduga aku jatuh pada 26/4/2017. Tarikh keramat untuk menetukan sama ada saya berjaya ke peringkat seterusnya atau tidak. Ecewah saja je nak exaggerate. Lol.  Bertempat di Pusat Temu duga SPA Melaka, aku orang last yang hadir. Aku ikut timing doh tapi rupanya most of them datang sejam lagi awal daripada masa yang ditetapkan doh. dia ikut first come first serve basis, jadi siapa datang dulu, dia akan di temuduga dulu. Salah aku sebab aku tak aware dengan hal hal seperti ini. Aku tentu lah menjadi orang terakhir :p

Okay tbh soalan tu aku rasa bergantung pada orang yang menilai kau. Sebab abang kepada kawan aku, cuma diminta untuk menceritakan pengalaman bermain rugby. Ada calon ditanya tentang polisi polisi kerajaan atau isu isu semasa yang hangat dinyatakan. Ada sesi yang ambil masa 45 minit, ada yang tak sampai 10 minit. Bergantung weh. Sejujurnya, aku terlalu fokus pada polisi polisi kerajaan, dan aku pandang remeh tentang perkara sekecil kuman. Rupanya aku ditanya tentang perkara yang mudah sebenarnya. Jujur, I screwed up my interview. First sekali masa dia cakap aku paling muda pun aku dah cam "alaa cannot ke be the youngest T_T". Lol. I was 23. Apa lah Lina ni!! Emo kan aku ni. Semoga ni menjadi pengajaran lah untuk sesi akan datang.

Apa apa pun semua, be prepared tau. Aku doakan korang semua untuk pengambilan akan datang!

--

Sebulan selepas menhadiri temuduga. Saya menerima email menyatakan tentang dukaticitanya saya gagal ke peringkat seterusnya. Jujur, I was damn sad. Sebab kawan aku ye dia berjaya dan kawan abang aku yang aku ceritakan di atas tu, berjaya juga. Aku pergi kerja next week tu aku diam. Tapi alhamdulillah weh orang Maybank bagi semangat yang tak henti henti. Diorang bagi dorongan. Aku syukur gila. I've accepted my first failure with proud. Yelah kalau diikutkan, ada orang tak dapat peluang pun weh macam aku untuk sampai ke tahap tu. Untuk pujuk hati, kadang kadang kita kena bersyukur weh. Kena tengok orang yang berada di bawah bukan orang yang di atas. Orang yang berjaya tu, kita jadikan ispirasi kita. Ecwah poyo gila lah kau ni Lina. I take this as a wonderful experience.

Jadi semua, perkongsian ini terhenti di sini. Kalau next time, I berjaya untuk ke tahap 10 bulan berada di INTAN, saya akan kongsikan berita gembira itu dengan kalian! In shaa Allah. Ye sebelum saya menutup perkongsian ini, selepas Interview, ada jalani Kursus/Latihan selama 10 bulan dan lepas tu, baru anda dapat surat lantikan sama ada berjaya menjadi PTD atau tak.

Sekian, PTD sharing session. Tamat.

ql.