# Hello Braces
Monday, June 24, 2013 / permalink
berbahagia lah kamu yg mempunyai struktur gigi yg sempurna
hihihi
entry pada harini dengan kerajinan tahap suamsuam kuku nak tulis, tp saya tetap ingin menulis mengenai braces.
assalamualaikum
saya budak baru belajar (:
alhamdulillah, semalam aku baru je pasang pagar di atas. bawah belum lagi. a day before pasang, aku kerja malam hari di mcd. start pada pukul 11pm dan seharusnya habis 7am. Atas sebab perlu menghadirkan diri di klinik yg terletak jauh di bandau melaka so, perlu pulang awal ke rumah. oppointment pukul 8.15 tp ku sampai pukul 9am. hahaha. dasar tidak tepati janji.
oleh kerana terlalu mengantuk kerana seharian tidak tidur malam, so aku pun malas nak layan sgt lawaklawak nurse ni yg sebenarnya memang lawak. hihi. waktu tu, dia cuma tanya je, dah tangkap gambar? dah cabut gigi? haaa aku kata lah semua dah. pastu dgn tak bitau apa pun, dia terus pasang pagar kat gigi ni. bila jilatjilat ehh dah ada besi!~
dia nak bagi aku biru/pink pastu aku ckp, nak purple. even dpt purple yg tak berapa purple sangat tp bersyukur lah.
ok
basically, nak pakai besi belakang kat garham tu yg sakit sikit. tak sakit sangat.
lepas pasang pun aku tak rasa sakit seperti yg dikatakan pada kawankawan aku yg semuanya berpengalaman memakai braces.
selepas googled semua entri orang yg pakai braces, ada jugak antara mereka yg sakit dan ada yg tak sakit.
oleh itu, saya buat kesimpulan, kesakitan itu, bergantung pada seseorang itu punya rawatan. oleh kerana saya memakai belah atas sahaja, mungkin aku tak rasa sakit kot.
anak jiran pakai belah bawah je pun kata, dia tak sakit sangat. haha. (cuma mendengar saja)
kalau sakit pun, time nak makan, sebab gigi depan rasa goyang! ingat gigi depan jelah setakat ni rasa goyang. alhamdulillah. gigi belakang masih ok. disebabkan itu, saya boleh memakan honey start sebagai breakfast pada hari pertama. hihihihi.
hal ini kerana gigi depan je yg goyang, so aku makan lah guna gigi belakang tp dengan kadar slow motion. benda ni bagai rutin seharian aku sejak aku kena cabut gigi lagi. since aku punya rawatan cabut gigi 2 kali iaitu sekali 2 batang cabut, so aku dah biasa dah makan slowslow. so takda problem sangat. haha.
bukan nak berlagak tp aku agak bersyukur lah sebab proses pencabutan gigi tu mengajar aku erti bersabar yg jitu dan jadi tabiat untuk makan slow sebab kekadang kalau mkn laju, wa tergigit bibir. bukan lidah tp bibir. haaa kan payah tu. sekali gigit dah ulser takpun tergigit tempat sama.
lagipun,
saban pagi, aku punya gusi memang selalu lembut hingga boleh rasa gigi depan aku mmg sakit bergoyang even tak pakai braces pun. so mcm dah biasa sikit sakit ni cuma tak biasa sakit rasa goyang bila nak makan!
haha.
bagi yg baru pakai, jaga-jaga ye.
dan jangan takut!
mengikut pengalaman kawankawan yg ada experience sakit tu hanya lah seminggu camtu je paling lama.
hanya aku terkilan sikit lah
wa baru balik langkawi, banyak lah chocolates fo sho tp problemnya doctor tak bagi makan pun. tp aku bantai je suap M&M tadi. nanti berus lah dak? hihihi.
pastu, balik dari pakai braces, abah ku kedai rojak. rojak got nuts and kacang sama sekali aku taleh makan T_T pastu kan, pergi mydin, semua aku rasa taleh. aku macam taleh nak amek semua benda junk food yg aku suka. hahahahahhahaha./ teruk sangat. tp jgn dengar ckp aku sebab aku kan noobies so mcm takuttakut sikit. dengar lah pada yg lagi berpengalaman dan berpengetahuan.
so basically, aku terkilan kerana tak dpt makan sebarang benda. aku ni dah lah mmg memilih, bila makanan aku suka taleh, aku pun dah buntu nak makan apa. so berbahagialah mereka yg tak berpantang (:
akhir sekali
tabiat menggigit aku harus diberhentikan sementara waktu. sebab gigi depan wa goyang. acane nak gigit kalau gigi depan sakit! hahaha. takan nak gigit guna garham? aku dah boleh kunyah terus camtu.
oleh sebab itu, ibu dan Menina dgn girangnya saya pakai braces sbb takda orang nak gigit bahu mereka. kalau Ila ada sekarang pun mungkin bahagia jugak sebab aku taleh sakiti dia dengan gigi ini. so berbahagia lah kamu semua buat sementara.
oleh kerana saya budak baru, agak excited sikit nak shopping barang penjagaan gigi, seperti satu benda yg boleh halang ulser dan luka disebabkan dawai, berus gigi ubat gigi kecil, floss dan mouthwasher yg boleh dibawa kemana-mana. dan agak teruja jugak nak dengar nasihat doktor.
doakan aku!
assalamualaikum
(:
p/s: rata-rata entri yg aku baca, sayang nak bukak bila dah sebati dgn braces.
wuuu
Labels: #Braces
