# Bagai menatang gigi yang penuh
Monday, July 1, 2013 / permalink
assalamualaikum
harini genap lah seminggu sehari wa pakai braces belah atas ni haaa :D
yayyy tak sakit sangat mungkin sebab buat atas saje.
haaa
harini, akak nak tunjukkan beberapa barang yg akak ada untuk penjagaan yg merumitkan ni.
sumpah doh
aku ni dah lah pemalas abadi. memang lah setiap pagi malam berus gigi, tp kali ni, pergh tiap kali makan benda berat lah misalnya ayam goreng yg kat kedai yg oily tu, wa mesti rasa nak gosok gigi
pastu pulak tu, dah lah boleh capai 4-5 kali nak berus gigi ni
sebab kekadang akak rasa tak selesa
lamalama terkikis lah sifat pemalas aku ni haaaaaaaa
pastu kan, pagi malam nak berus pulak celah besi ni haaa
haritu nak makan durian pun tak puaaaaaaaas
ok stop membebel. mesti korang mcm ek eleh budak ni. ha ha ha
ok
now pertama sekali mesti lah yg sejak kecik lagi ada cuma bentuk dan jenama serta saiz je yg berlainan
(bunyik druuuum)
berus gigi atau nama dalam english toothbrush
ok actually, first day aku tak guna berus gigi ni. ni mmg berus gigi aku dari aku tak pakai braces lagi.
haaa, mulamula dalam dua hari tiga hari tu aku guna berus ortho tu.
tp halus sangat, sakit gusi wa ni.
so wa guna je berus biasa aku ni supaya rasa puas. berus tu cam tak puas.
lagipun ni keras sikit, tp buat lah berhati-hati and ikut cara doktor tunjukkan (:
so now aku guna berus biasa ni haaaa instead guna berus ortho
harga ortho brush: RM7 (harga klinik gigi aku)
brush biasa: terpulang pada pasaraya pilihan kau
pastu,
perlu lah ada ubat gigi.
tp takan nak tunjuk kan korang gambar ubat gigi,
--------------------------------------------------------------------------------------------------------next
ini ada lah - Interdental brush
ok saat guna berus ni, aku baru puas gosok gigi doh
dia berus celah besi kau tu, yg taleh capai sangat tu
haaa, berus halus ni mampu lah capai tempat yg terselit tu. bersihkan dgn ni yg rumit
tp kalau tak bersih guna ni, tak bersih aku rasa braces aku
tp disebabkan wa pemalas abadi, aku guna dalam 2-3 kali je sehari
misalnya sebelum and selepas bangun tiduuuur
kalau tak guna, nanti mcm tertinggal sisa tau mcm keladak gitu lah kat celah tu. kan kotor.
aku ni baru di ugut oleh doktor gigi aku, so aku ni cam takut so aku abdi kan 75% nak jaga braces aku
harga interdental brush pack watson: RM9.90 (lepas less sikit)
Oral B: RM13.90 (I beli di farmasi Guardian angel)
pastu------------------------------------------------------------------------------------------------------
mouthwasher
yes lepas berus aku guna ni supaya kekalkan kesegaran
eceh poyonya
tp aku lebih gunakan benda ni sebab nak halang pembentukkan bakteria
yg ni ada berlindungan 12jam!
hahahhahahahha
sahsah ni gambar aku sebab tengok lah warna purple beb aku punya mouthwasher.
lol
ni kecik harga dia: RM7.90 (rujuk pada pasaraya korang jelah)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------then
ok ni saja je nak tunjuk
bukan apart of penjagaan braces
tp ni mcm plastik yg membantu lah
setakat seminggu ni. aku belum lagi kena ulser
tp doktor tunjukkan benda ni kat aku lah.
guna dia, kalau kau ada ulser kat mulut, and berlanggar dgn apa pun mesti sakitkan,
ni kan langgar besi, so doktor syor kan untuk guna ni lah
dia cam halang bergeselan antara ulser and besi. gentel plastik ni and letak kat tempat besi yg boleh langgar ulser. so dapat kurangkan sakit. benda ni bertahan dalam 3 hari dalam mulut.
ataaaaau
lepas dah lama pakai braces
wire kau mesti belakang tu cam memanjangkan?
so nanti mencucuk pipi embambam tuuu,
ni lah makanannya
kau letak kat besi yg mencucuk tu supaya kurangkan kesakitan sikit
harga: RM15
pastu boleh lah simpan floss ke apa.
suka hati kau lah
haha
setakat ni saja
bagi yg baru tu,
kau boleh rujuk cara gosok gigi dengan betul k
atau later akak share sini :P
boi
Labels: #Braces

# Hello Braces
Monday, June 24, 2013 / permalink
berbahagia lah kamu yg mempunyai struktur gigi yg sempurna
hihihi
entry pada harini dengan kerajinan tahap suamsuam kuku nak tulis, tp saya tetap ingin menulis mengenai braces.
assalamualaikum
saya budak baru belajar (:
alhamdulillah, semalam aku baru je pasang pagar di atas. bawah belum lagi. a day before pasang, aku kerja malam hari di mcd. start pada pukul 11pm dan seharusnya habis 7am. Atas sebab perlu menghadirkan diri di klinik yg terletak jauh di bandau melaka so, perlu pulang awal ke rumah. oppointment pukul 8.15 tp ku sampai pukul 9am. hahaha. dasar tidak tepati janji.
oleh kerana terlalu mengantuk kerana seharian tidak tidur malam, so aku pun malas nak layan sgt lawaklawak nurse ni yg sebenarnya memang lawak. hihi. waktu tu, dia cuma tanya je, dah tangkap gambar? dah cabut gigi? haaa aku kata lah semua dah. pastu dgn tak bitau apa pun, dia terus pasang pagar kat gigi ni. bila jilatjilat ehh dah ada besi!~
dia nak bagi aku biru/pink pastu aku ckp, nak purple. even dpt purple yg tak berapa purple sangat tp bersyukur lah.
ok
basically, nak pakai besi belakang kat garham tu yg sakit sikit. tak sakit sangat.
lepas pasang pun aku tak rasa sakit seperti yg dikatakan pada kawankawan aku yg semuanya berpengalaman memakai braces.
selepas googled semua entri orang yg pakai braces, ada jugak antara mereka yg sakit dan ada yg tak sakit.
oleh itu, saya buat kesimpulan, kesakitan itu, bergantung pada seseorang itu punya rawatan. oleh kerana saya memakai belah atas sahaja, mungkin aku tak rasa sakit kot.
anak jiran pakai belah bawah je pun kata, dia tak sakit sangat. haha. (cuma mendengar saja)
kalau sakit pun, time nak makan, sebab gigi depan rasa goyang! ingat gigi depan jelah setakat ni rasa goyang. alhamdulillah. gigi belakang masih ok. disebabkan itu, saya boleh memakan honey start sebagai breakfast pada hari pertama. hihihihi.
hal ini kerana gigi depan je yg goyang, so aku makan lah guna gigi belakang tp dengan kadar slow motion. benda ni bagai rutin seharian aku sejak aku kena cabut gigi lagi. since aku punya rawatan cabut gigi 2 kali iaitu sekali 2 batang cabut, so aku dah biasa dah makan slowslow. so takda problem sangat. haha.
bukan nak berlagak tp aku agak bersyukur lah sebab proses pencabutan gigi tu mengajar aku erti bersabar yg jitu dan jadi tabiat untuk makan slow sebab kekadang kalau mkn laju, wa tergigit bibir. bukan lidah tp bibir. haaa kan payah tu. sekali gigit dah ulser takpun tergigit tempat sama.
lagipun,
saban pagi, aku punya gusi memang selalu lembut hingga boleh rasa gigi depan aku mmg sakit bergoyang even tak pakai braces pun. so mcm dah biasa sikit sakit ni cuma tak biasa sakit rasa goyang bila nak makan!
haha.
bagi yg baru pakai, jaga-jaga ye.
dan jangan takut!
mengikut pengalaman kawankawan yg ada experience sakit tu hanya lah seminggu camtu je paling lama.
hanya aku terkilan sikit lah
wa baru balik langkawi, banyak lah chocolates fo sho tp problemnya doctor tak bagi makan pun. tp aku bantai je suap M&M tadi. nanti berus lah dak? hihihi.
pastu, balik dari pakai braces, abah ku kedai rojak. rojak got nuts and kacang sama sekali aku taleh makan T_T pastu kan, pergi mydin, semua aku rasa taleh. aku macam taleh nak amek semua benda junk food yg aku suka. hahahahahhahaha./ teruk sangat. tp jgn dengar ckp aku sebab aku kan noobies so mcm takuttakut sikit. dengar lah pada yg lagi berpengalaman dan berpengetahuan.
so basically, aku terkilan kerana tak dpt makan sebarang benda. aku ni dah lah mmg memilih, bila makanan aku suka taleh, aku pun dah buntu nak makan apa. so berbahagialah mereka yg tak berpantang (:
akhir sekali
tabiat menggigit aku harus diberhentikan sementara waktu. sebab gigi depan wa goyang. acane nak gigit kalau gigi depan sakit! hahaha. takan nak gigit guna garham? aku dah boleh kunyah terus camtu.
oleh sebab itu, ibu dan Menina dgn girangnya saya pakai braces sbb takda orang nak gigit bahu mereka. kalau Ila ada sekarang pun mungkin bahagia jugak sebab aku taleh sakiti dia dengan gigi ini. so berbahagia lah kamu semua buat sementara.
oleh kerana saya budak baru, agak excited sikit nak shopping barang penjagaan gigi, seperti satu benda yg boleh halang ulser dan luka disebabkan dawai, berus gigi ubat gigi kecil, floss dan mouthwasher yg boleh dibawa kemana-mana. dan agak teruja jugak nak dengar nasihat doktor.
doakan aku!
assalamualaikum
(:
p/s: rata-rata entri yg aku baca, sayang nak bukak bila dah sebati dgn braces.
wuuu
Labels: #Braces


