# hukuman berat sebab awak berhijab
Tuesday, July 1, 2014 / permalink
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.


assalamualaikum

so today i wanna write something bout hijab
well semua tahu apa hukumnya memakai hijab and ianya bukan sekadar menutup umbun kepala tapi juga menuntut kita agar menjaga maruah. well bila kau tengok orang pakai tduung obviously kau akan fikir dia bua benda baik and so on. itu lah lumrah even sebenarnya manusia bertudung ini adalah manusia biasa. haha tapi no. lihat pada sudut yg disebaliknya jika sesorang tu memakai hijab pastinya orang akan fikir perbuatan yg baik. cara pergaulan yg baik. percakapan yg baik sebab perempuan bertudung melambangkan ini. maka hadirnya insan bertudung ini harus dijaga maruahnya kerana anda bertudung. perkataan maruah ini pada saya bukan sahaja pada maruah yg tu-tu je. besar maknanya. sebab tu bila perempuan bertudung melakukan sesuatu yg kurang enak dipandang disalahkan sipolan bertudung itu tidak lah sebaik disangka. namun hakikatnya sipolan tersebut hanya manusia biasa. masih lagi banyak yg harus diperbetulkan walaupun ianya adalah seorang wanita berhijab. dan hakikat sebenar adalah bertudung itu wajib. maka jangan dihakimi sesuatu itu atas dasar sesuatu.

atas point ini
saya bukan nak membuat perbandingan antara si gadis hijab dan gadis berambut. saya hanya mahu nyatakan tidak kira siapa. antara bertudung atau tidak adalah perlu kita sebenarnya saling melengkapi. bukan lah maksud saya saling melengkapi itu okay awak pakai tudung biar saya tidak pakai tudung. tidak. saling melengkapi dalam konteks saya adalah saling menggalakkan ke arah kebaikan. mungkin bukan secara menegur dengan maki hamun seperti di laman sesawang yg biasa dilihat. mungkin dengan menggalakkan secara perlahan. contohnya pada kawan saya lah haha saya sebagai gadis bertudung selalu cakap perkataan yg kurang enak didengar namun berkat kesabaran dia tegur secara perlahan bukan dengan sindiran maka harihari pun saya duk terfikir dan mula berubah sikitsikit (tapi not fully yet) tapi alhamdulillah lah. nampak tak? dia bukan sekadar cara kasar namun cara penuh hikmah itu yg bagus. tak semestinya saya orang bertudung ini bagus luar dan dalam. saya pun masih belum lagi menjaga tutur kata namun yes kita seharusnya saling melengkapi. saling menggalakkan ke arah kebaikan bukan saling memaki hamun tak tentu pasal dan menyalahkan si polan si polan yg secara fizikalnya membawa sesuatu watak dihadapan orang lain. secara zahirnya manusia ini perlukan ilmu, perlukan bimbingan sekali bukan hanya sekadar ilmu. ada kalanya jiwa ini tersasar jugak. namun jika begitu tarik kembali.

kita dilahirkan sememangnya baik. namun manusia itu sendiri yg merosakkannya.

akhir kata

omg! aku memang suka gila tengok ifah bertudung. like it's her. it's real her. yg lembut. lembut tutur kata. lembut perwatakan. kalau dia pakai tudung memang doubledouble pretty ((:
always pray for her
always pray for my biggest wish
lambat ke cepat always get excited to see her in hijab.

assalamualaikum.



*lirik di atas tiada kena mengena. nowplaying - yellow, coldplay