# dunia pancaroba
Thursday, July 17, 2014 / permalink
Assalamualaikum

So received a very bad news tonight. Pasal plane crashed. #MH17

Not a good time to laugh i guess. 2014 is really a hard year for Malaysians i can say. Well we used to have a plane issue on the same year. I bet memoir of #MH370 is still clear on everyone's mind. No one would ever forget. Issue satu dunia. Konspirasinya masih belum jelas. Tapi saya yakin semua mengharap pencerahan yg baik bagi semua keluarga mangsa yg terlibat sebab isu tu lamalama makin sepi. Namun lukanya masih belum diubati.

Berkenaan dengan kesan luka. Luka saya pun masih belum diubati dek serangan terhadap gaza. Dan saya baru belajar bertekad. Ada kalanya mahu sendiri ke Palestine berjuang bersama sebab saya tidak mampu buat apaapa selain doa. Malam ni bagai malam semalam. Malam linangan air mata.

Back to  MH17, spekulasi mengatakan ia terhempas kerana ditembak. Bukan benda lawak. Oleh kerana konflik yg berlaku antara Russia dan Ukraine jadi perkara ini menjadi salah satu punca. Namun saya masih menunggu kesahihan punca sebenar lantaran pemberita pemberita di twitter sangat kencang menyebarkan maklumat yg saya belum pasti kesahihannya. Terlalu banyak info bercanggah.. Terlalu banyak penyampai.. Terlalu banyak para ilmuan menyebarkan ideologi mereka sendiri. Saya sendiri seperti dilema untuk mempercayai apa punca sebenarnya.

Namun, yg menjadi persoalannya. Pergolakan antara dua pihak memang memberi kesan yg dahsyat. Konflik. Pergolakan. Persilihan. Semuanya memberi kesan negatif pada waktu ini. Akal waras seperti berada di bawah telunjuk nafsu. Pada pandangan  daripada sudut lain, jika pun berlaku pergolakan, adakah cara penyelesaiannya dengan pembunuhan. Spekulasi mengatakan ditempak oleh peluru berpandu anti pesawat (still belum confirm). Dari sudut di mana jika konflik itu berlaku jalan penyelesaian nya seperti berbunuhan. Meski ia datang dari negara lain atau pihak anti kerajaan atau mana mana pihak ke terhadap pihak lain, tujuannya tetap sama. Ia dicipta untuk perkara yg sama. Dengan atas arahan pembunuhan. Sudut itu yg menakutkan. Mungkin iya tujuan alatan ketenteraan adalah untuk melindungi diri daripada musuh namun boleh diterima untuk di-set-kan untuk tujuan bunuh. Hmm. Apalah nilai harga nyawa pada saat ini. Meski dia gaza juga, nyawa juga bahan pertaruhan. Dibunuh diseksa sesuka hati tanpa rasa kemanusiaan.

Saya masih dangkal.
Namun ini yg terlahir daripada akal.
Inilah persolan bermain di fikiran.
Inilah bukti saya masih dangkal dan dahagakan kepastian.

Namun
Atas semua konflik. Hidupnya saya di sini terbukti lah bukan untuk memikirkan masalah saya di Malaysia ini. Tapi untuk memikirkan satu dunia. Hidup perlu diteruskan. Semua tahu. Tapi beban ini harus dipikul. Saya yakin semua merasakan beban ini. Ingatlah hidup anda di dunia bukan hanya untuk anda malah untuk semua. Kisah dan masalah cinta awak yg takda penghujung tu bagai masalah remeh jika hendak dibandingkan dengan dunia ni. Dunia makin menakutkan. Awak yakin cinta boleh membantu? Maka, hikmah yg saya pelajari adalah hidup saya bukan untuk saya malah untuk semua. Apa yg saya dapat lakukan untuk mereka? Harapnya walau sekecil doa mampu meringankan beban mangsa kerakusan dunia. Saya harap suatu hari nanti saya dapat lakukan lebih daripada sekadar doa.
Mudah-mudahan

😢