# bahagiamu deritaku
Wednesday, July 24, 2013 / permalink
Assalamualaikum
tatau kenapa harini nak menulis.
saya dgn berbesarhatinya mengucapkan salam ramadhan kepada muslim dan sukacitanya saya mengumumkan saya sudah berhenti kerja.
yayy 2 bulan je kerja. hahaha. rasa cam kejap.
tak banyak masalah pun kerja ni sebab dalam sebulan mesti seminggu aku cuti! haha
pastu cuma stress dgn customer lah yg kekadangnya annoying jugak.
pastu, dgn pembelian minion tu pun aku sampai kena tengking cam cikale jugak lah mereka ni yg tak pernah faham situasi orang. rilek brader brader rilek lah!
ok cerita aku kali ni pun atas dasar pengalaman.
di mcd, ada sorang mamat ni. ok dia baru bekerja tp scary as hell and bahaya and desperate and tah lah sometimes cam kesian.
ok mulamula aku tak pernah kesian kat dia sebab orang cam dia ni tah lah buat aku turn off and rasa tanak kawan pun sebab annoying dan dia hanya ingin menggunakan aku and pada aku dia tu tak reti respect orang. sampai lah kawan aku ni ceritacerita pasal dia baru lah aku sedar yg aku sebenarnya tanak faham pun apa yg mendorong seseorang itu bertindak camtu. aku ni jenis tanak amek kisah pun sebenarnya.
ok
betul lah katakata president dalam cerita white house down tu. pernah tengok tak movie tu?
haaa
antara katakata dia camni (aku translate lah eh sebab aku pun tak ingat apa falsafah dia yg sebenarnya) kemiskinan itu faktor yg mendorong seseorang itu berbuat jahat
haaaa
cerita dia. mamat atas tu, datang daripada keluarga yg bukan lah daripada tahap selesa. tp nak kata miskin pun taleh cuma kurang lah keselesaan dari segi kewangan dan apa yg berkaitan.
di sebabkan itu lah dia terpaksa mencuri dan sebagainya.
tp kalau tolong, kita tak yakin dia akan bayar semula. dia pernah cuba meminjam tapi nilainya tinggi! siapa je dapat membantu sebab bebudak mcd ni pun ada tanggungan sendiri.
tp kan, kalau lah dia mendalami agama, sesungguh dia harus bersabar.
dia harus redha dan sabar lah sampai masalah dia ok dan jangan anggap perkara yg buruk seperti mencuri mampu menghilangkan masalah.
sebab mungkin lamalama dia akan ok. tengok cam dia mencuri, dia kehilangan kerja dia. camne dia nak sara hidup kalau dah hilang kerja. kalau tak kerja tu at least boleh bantu dia kalau dia tak mencuri.
tp mungkin ada hikmahnya.
tapi
pokok pangkalnya adalah kewarasan akal untuk berfikir.
kita takda kat tempat orang tu cakap memanglah senang.
aku tak rasa payah memang lah senang nak cakap.
haha
betul tu!
tp kalau kita fikir jauhjauh mencuri itu haram.
mengawal nafsu itu antara titik tolak untuk menjauhi perkara ni
hahahahahhahahahahhahahha poyonya cakap!
tp betul kan? kalau kita takda duit tp nak merokok jugak acane tak mencuri sebab nak puaskan nafsu.
basically, kalau kau kerja kan kat tempattempat camtu,
kau akan tahu satu benda lah, yg diorang ni ada satu harapan untuk berjaya, and itulah harapan diorang and kat situ lah terletakkan harapan. and diorang bukanlah semuanya daripada golongan yg dapat merasa sangat cam orang berada tp diorang cam ok dgn life diorang. diorang ada benda nak settlekan dalam usia yg kecik. kalau ada antara korang bayar duit motor, roadtax mak ayah semuanya ada orang support, sebahagian mereka tak camtu. mereka kena tanggung sendiri. cuba berdiri atas sendiri. haha tp cara bergaul diorang ni lain sikit lah tp takpa lah kalau camtu boleh buat diorang rasa bahagia. hahahahha actually aku pun tatau nak describe camne. tp diorang actually baik lah jugak even korang tengok senget sikit.
tp apa aku nampak, bila duludulu aku pernah kerja tempat sama, and now kerja semula sambil tunggu degree bulan 9, hmm aku nampak lah ada sifat kekeluargaan dalam diri diorang.
betul lah cakap kawan aku bila diorang syak sorang je waktu case kecurian itu berlaku tahap teruk dah ni. kawan aku cakap camni aku syak sorang je sebab sebelum ni case camni tak pernah berlaku kat sini, sebab diorang takan curik duit bebudak ni fikir semua ni kawan diorang.
memandangkan mamat yg mencuri tu budak baru, senanglah kawan aku syak and dia dah lama kerja situ.
and aku pun terpukul dgn katakata diorang tu, memang betul apa yg dia cakap.
ok sekian sahaja bebelan harini
sekian
(:
p/s: seperti biasa, tajuk tiada kena mengena sebab saya sedang mendengar lagu ini! #np bahagiamu deritaku - hafiz
Labels: #DasarPengalaman
